
Taklimat e-Ilmu @ u- Pustaka(28 Oktober 2020)

"TAKLIMAT e Ilmu @ U – PUSTAKA “merupakan satu aktiviti yang dicadangkan perlaksanaanya pada bulan Julai 2020, walau bagaimanapun ekoran pandemik COVID 19 yang melanda negara dengan peningkatan kes diluar jangka ianya terpaksa ditangguhkan.Namun begitu,atas kesedaran untuk menggalakkan pembaca dan pengguna Pusat Sumber IPGKDA khususnya siswa siswi guru ambilan baharu mendapatkan maklumat bagi keperluan akademik mereka, cadangan permohonan yang baharu dikemukakan semula untuk pertimbangan .
Perlaksanaan aktiviti telah berlangsung pada 28 Oktober 2020 bertempat di Bilik Serbaguna 4 Pusat Sumber. Dalam program ini peserta didedahkan kepada peggunaan portal U-Pustaka, portal e-Perpustakaan,Pengenalan kepada pangkalan data e-lib dan taklimat penggunaan OPAC.








